Tuesday, August 2, 2011







Lemang adalah makanan tradisi yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Biasanya kalau di kampung, lemang akan dibakar sehari sebelum Hari Raya Puasa atau Raya Qurban. Makanan tradisi ini paling enak dimakan bersama rendang kerbau atau lembu, tapi malangnya lemang hanya mampu bertahan selama 2 hari kerana santan yang digunakan untuk memasak menjadikannya cepat basi/rusak.

Kini keadaan sudah berubah, lemang sudah boleh di dapati sepanjang waktu. Pada setiap kali tiba musim perayaan pula, kita akan dapati banyak gerai / warung sementara didirikan di tepi-tepi jalan yang strategik, untuk membakar dan seterusnya menjual lemang tersebut di situ.
Ini adalah foto yg selalu kita lihat  sewaktu pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri atau Aidil Adha.

*Awas! Lemang mempunya kandungan cholesterol yg tinggi...


dan berkemungkinan akan menjadi fast food bisnes satu hari nant

No comments:

Post a Comment